Friday 23 January 2009

Another Magazines in My Subscription Record

Salam, besides Web Designer and Practical Web Design, i've also read this 4 interesting magazines (3 of them published in Malaysia, while the last one, published in Australia)


Milenia Muslim adalah terbitan MMP Communications, sarat dengan kandungan isu-isu semasa, hasil nukilan mahasiswa, editor, penulis yang berpengetahuan luas, dan gaya penceritaan (bagi saya) amat menarik dengan penggunaan bahasa Melayu (majoriti) dan bahasa Inggeris (2-3 seksyen sahaja). Apa yang menyebabkan saya terus mengikutinya adalah :-
1. buka sahaja cover sudah ada santapan rohani - iaitu firman Allah SWT yang dipetik dari surah Al-Quran.
2. gaya sesuatu isu utama dikupas dengan baik sekali, begitu juga dengan penulis-penulis yang lain, hebat sekali apa saja yang ditulis.
3. fakta & nombor, kolaj gambar beserta fakta menarik untuk dikongsi.
4. ulasan filem, drama yang diperhalusi intipati (lebih melihat aspek nilai-nilai murni agama)
5. teguran, nasihat, dakwah yang boleh dilihat pada mana-mana artikel.
6. tiada iklan yang karut marut.
7. sidang redaksi (penulis) yang harus dihormat.

Max IT dan T3

Maaf, bukan sengaja tidak mahu meletakkan gambar, cuma saya dah semak di laman web rasmi, namun tiada cover yang terkini. Max IT dan T3 adalah majalah terbitan Velocity Media Sdn Bhd. Kandungan kedua-duanya hampir sama (dari aspek rekabentuk, gambar dan penyusunan). Majalah Max IT memfokuskan kepada produk-produk IT dan terdapat juga hands-on tutorial yang boleh dimanfaatkan bersama. T3 pula lebih umum, memperihalkan gajet, produk elektronik, dan banyak lagi, sarat dengan gambar-gambar dan ya mengeksploit model-model jelita untuk memperagakan produk (for me may be it's the company strategy to attract readers?) Bagaimanapun saya membelinya bukan kerana daya tarikan itu, tetapi kerana kandungan maklumat di dalam majalah itu, dan sehingga sekarang saya masih berfikir sama ada untuk berlanggan atau tidak (saya perlu menyemak lagi untuk 2-3 bulan akan datang)

Australian PC

Harganya RM32, lebih kurang sama dengan majalah Web Designer dan Practical Web Design yang saya langgani. Apa yang menariknya majalah ini jika dibandingkan dengan majalah tempatan adalah, ia, yes satu lagi majalah komputer, yang lebih baik, mengapa saya katakan demikian ? kerana, setiap keluaran, disertakan dengan CD dan dimuatkan perisian-perisian yang boleh digunakan untuk 3 jenis OS (operating system) , Windows, Mac dan Linux. Cuba cari di kedai majalah komputer mana yang menyediakan atau memperkatakan mengenai Linux dan Mac, kalau adapun lagi sekali majalah yang bukannya keluaran Malaysia, sebab itu di Malaysia, sumber rujukan mengenai komputer, secara totalnya adalah dalam bahasa Inggeris dan buku, majalah pun keluaran luar. Mahu tidak mahu saya membelinya untuk menambah ilmu sedia ada mengikuti perkembangan semasa teknologi komputer dan internet (dan dalam pada masa yang sama saya mengharapkan Majalah PC dapat mempertingkatkan lagi mutunya jika ingin menjadi majalah berbahasa Melayu pertama yang dirujuk (oleh profesional) di Malaysia)





Tuesday 16 December 2008

.NET Issues



Majalah .net atau di Malaysia diedarkan dengan nama Practical Web Design adalah sebuah majalah terbitan U.K. Ia adalah sealiran dengan majalah Web Designer terbitan Imagine Publishing, namun begitu .net lebih membincangkan mengenai teknologi, aplikasi dunia pengkomputan internet di samping memberikan juga tips-tips profesional berkaitan dengan rekabentuk web dan sebagainya.